Thursday 1 December 2011

Si Tompok

Video ini boleh membantu cikgu mengajar murid melukis kucing dengan mudah

Saturday 26 November 2011

Obor-obor

Pengajaran kali ini untuk bidang A iaitu kolaj. Cikgu bolehlah memulakan pengajaran cikgu dengan memberikan teka-teki berikut:

"Sebut sekali dibawa berlari.. sebut dua kali seperti jelly"

Berikut adalah bahan/ peralatan yang diperlukan:
1. Kertas lukisan
2. Kertas warna
3. Gunting
4. Gam
5. Pensel
6. Pensel warna

Cara hasilan:
1. Lukiskan gambar obor-obor(cikgu ajar murid untuk lukis seekor obor-obor yang mudah)
2. Guntingkan kertas warna kepada beberapa bahagian petak-petak kecil.
3. Lekatkan kertas warna pada obor-obor
(Murid boleh gunakan dua warna untuk membezakan badan obor-obor dan bahagian bawah badannya)
5. Lukis latar belakang dan warnakan.

Contoh hasilan murid: