Thursday 13 October 2011

Corak Batik

PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL TAHUN 3
BIDANG D: KRAF TRADISIONAL
TAJUK: CORAK BATIK


Alatan:
1. Kertas Lukisan
2. Pensel
3. Liquid paper
4. Warna Air


Langkah-langkahnya:
    - Minta murid melukis satu corak batik. Selalunya corak batik terdiri daripada bentuk bunga-bungaan.
    - Gunakan liquid paper untuk membentuk bahagian luar lukisan.
    - Warnakan lukisan. Penekanan ton di tekan kan dalam penghasilan corak batik.





Contoh hasilan murid

Tengkolok Moden

Tengkolok Moden

Friday 7 October 2011

Alunan

Menghasilkan lukisan menggunakan perisian PAINT. Untuk murid-murid tahun 3, pemilihan aktiviti yang paling asas sudah memadai. Contoh video yang saya hasilkan untuk mengajar murid melukis corak beralunan menggunakan perisian PAINT. Semoga ianya dapat mebantu cikgu-cikgu pendidikan seni dalam melancarkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Arnabku Comel

Membuat origami merupakan salah satu aktiviti yang begitu digemari oleh murid-murid. Guru bolehlah memulakan sesi pengajaran dengan memberi teka-teki (binatang apakah yang bertelinga panjang) sebagai set induksi. Jom lihat bagaimana mengajar murid-murid menghasilkan origami arnab yang comel.


Pasu bunga gantung

Pasu Bunga Gantung

Burung Oh burung